saya sayang shawn

2007年12月4日火曜日

kami masuk paper

Muka Hadapan

Kementerian arah henti tarian barongan, endang

Oleh: HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 3 Dis. – Kementerian Pelancongan mengarahkan semua promosi pelancongan membabitkan persembahan kebudayaan yang berasal dari Indonesia seperti tarian barongan dan endang dihentikan sementara ekoran kontroversi yang ditimbulkan oleh aktivis budaya dari republik itu.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini bagi membolehkan kontroversi tersebut diredakan dan penyelarasan dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan pihak terbabit di republik berkenaan.

‘‘Benda ini (barongan) memang wujud di Johor, kalau lihat sejarah nenek moyang kita menjelajah dari satu pulau ke pulau dengan membawa budaya dan cara hidup seperti tarian tradisional dari Indonesia yang kini menjadi sebahagian seni budaya di negara ini.
‘‘Zaman dahulu mana ada sempadan antara Malaysia, Indonesia, mana ada pasport dan tidak ada pun sistem Imigresen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkhatan beramai-ramai di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai demonstrasi oleh sekumpulan aktivis budaya Indonesia di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini bagi menyatakan bantahan kerana negara ini didakwa ‘mengambil’ tarian barongan atau dipanggil ‘reog ponorogo’ dari republik itu.

Tengku Adnan berkata, semasa negara ini mempersembahkan tarian endang di Osaka, Jepun baru-baru ini, pihaknya juga telah mendapat surat daripada Kementerian Luar dan Kementerian Kebudayaan Indonesia yang mengingatkan bahawa tarian tersebut berasal dari republik berkenaan.

petikan utusan malaysia hr ni.. kami laa yg menari endang di osaka baru2 ini tuh.. hahaha.. ini kes masa show midosuji parade la ni.. aku ngan nesh siap diwawancara tv lg..pdhal variety banggumi jer.. dah ler tuh, kitorg dpt nari lebih dr 20min yg ditetapkan kt org lain, dan kami dpt wat show after kawaguchi hyogo.. sbb tuh derg jeles.. kalu dulu, konpem laa indon yg org jemput..

well, whatever!! tp yg horror tuh sbb kitorg plg cekap menari endang tuh.. dah la tarian tuh senang dan meriah sbb sumer org boleh nari ramai2.. so agak tensen la gak bile x leh buat dah tarian tuh.. pdhal lirik tuh bari2 lagu nogori.. x pela,kalu indon nak marah,kite x yah dah menari indon.. byk lg tarian malaysia yg kite ader.. eg:cina,india,portugis,arab.... hahaha..

-kite nari cam shakira plak ahh.. kalu ader yg nak marah pon,mak aku la kot..

1 件のコメント:

匿名 さんのコメント...

kalu nari syakira..ko leh wat klab mnari br ngn gudilla ngn intan suraya...hohoho..mest slalu kene pggl dtg show