saya sayang shawn

2011年4月7日木曜日

berkurun lama......

hagak berkurun laaa aku x hapdet2 dah.. byk sebab..
mula2 sebab aku dah jumpa syurgaku.. membuatkan setiap detik hidupku berkisar di keliling syurgaku. pegi keje, lunch dgn dia, blk keje dinner dgn dia.. jumaat malam ke curve.. sabtu ke merata2.. ahad ke OU.. begitulah setiap hari selama 2 tahun.

tiba2 syurgaku menjadi nerakaku.. lantas setiap detik hidupku berkisar di keliling nerakaku. pegi keje, x lunch, menangis... balik keje, x dinner, menangis... jumaat malam, membayangkan nerakaku ke curve bersama awek barunya... sabtu membayangkan nerakaku ke merata2 bersama awek barunya... ahad ke jempolku seorang diri... menangis... begitulah setiap hari selama 7 bulan... and counting....

kesimpulannya, ku x punya masa utk hapdet kerna ku sebok bercinta, kemudian sebok merana...

dan kini? ku maseh merana.. setiap degup nafasku ku mimpikan kematiannya. kemudian, ku rindukannya. kemudian ku tersedar yang dia mungkin sudah tidak ingat namaku lagi. maka ku kembali membayangkan kematiannya.

kata orang, kalau kita mendoakan keburukan untuk orang nanti doa itu jatuh pada diri sendiri. dan kadang2 aku x kesah. mungkin kalau aku mati, aku boleh jadi hantu dan mengganggu hidop nerakaku setiap malam? see? walopun selepas mati, hidupku masih berkisar dirinya.

hmmm... no no no.... ku patut bersyukur, sejak beliau menjadi neraka, aku menjadi insan yang lebih ingat tuhan. walaupun aku sedih dan merana, ku maseh hidop dan maseh boleh bergembira. tuhan buang dia dari hidupku tapi menggantikan dengan memberikan sahabat2 yg senantiasa ada di sampingku. aku maseh mampu bergembira tanpa dia. dan aku tahu ada orang yang sayang aku lebih dari dia sayang aku. semuga tuhan memberkati hidup sahabat2 ku ini.

maka ku akan let go. dan akan move on. meski parut itu terlalu dalam utk sembuh. semakin bernanah dari hari ke sehari. namun sekurang2nya ku tahu aku ada nurse utk membantu mencuci luka tersebut.

semuga aku akan jumpa syurgaku yang sebenar. syurga yang menghargai aku spt mana aku menghargai dia. syurga yg akan menjadi pelindungku di kala ribut melanda. bukan yg meninggalkan aku mengharung ribut seorang diri manakala dia cepat2 mencari payung lain. dan berpayung bersama di genting!!

urggghhhhh, don't start!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

-menangis...

1 件のコメント:

匿名 さんのコメント...

aku heran apsal pompuan yang kondifen dan intelligent, witty,charming, slutty officer cam ko ni x ambik jer yg baru? lain la cam aku yang tak berupa dan ala2 inesen desa ni. go get some fun la sis. you're not like us!