saya ada beskal. beskal saya bernama ali. beskal saya beskal mountain berwarna hitam berkelajuan 5.0 pd skala richter, mempunyai double suspension utk menyerap gegaran, gear 18 tahap dan bakul utk mengisi sayur apabila ke pasar...
ali sudah berusia 3 tahun setengah dan memandangkan usianyer yg sudah lanjut, ali sudah berada di tahap kronik kerana rantai sudah bertukar warna kpd emas kekaratan dan brek dpn sudah putus manakala brek belakang tak makan.. namun begitu dek kekacakkan ali, sudah byk anasir jahat cuba memisahkan kami..
pada hari isnin lepas, buat kesekian kalinya cubaan merampas ali berlaku. ini merupakan kali ketiga pakcik majlis perbandaran kyoto mengangkut ali yg saya parking secara haram di tepi stesyen demachinayagi.. ohh, pilunya hati ini.. dah ler ali disimpan di penjara kawalan ketat jyuso yg amat jauh dr rumahku..tensen..
keesokan harinya, aku dan mel(mangsa kedua) bersama2 ke jyuso.. dlm perjalanan, terkenang aku kisah aku dan ali.. dah 3 kali kena angkut dgn bandaran, 2 kali kena curik dgn bdk skolah, 4 kali kena tahan ngan polis sbb x der lampu... namun akhirnya ali kembali jua ke pangkuanku..hehehe..mmg kami x dpt dipisahkan..
utk menuntut ali, aku dikenakan denda ¥2300.. dah 6900 aku byr pakcik nih.. die pun dah kenal ngan aku.. sampaikan masa nak balik aper yg die ckp kt aku adalah " see you again!!!"
see u again jyanee yo!!!hahahampeh punyer pakcik..perli2 lak..
utk mengelakkan kejadian ini berulang, aku berazam utk beli kunci.. mungkinkah semua kejadian malang ini berlaku sbb aku x pernah kunci beskal???hehehe...
-ada apa dengan beskal??..sampai sumer org nak curik nih...
0 件のコメント:
コメントを投稿